Cinta. Cinta dalam hidup ku ialah
cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa ku. Ini lah cinta-cinta tertinggi dalam
diari ku. Hati ini masih berjuang untuk sentiasa meletakkan cinta Allah dan
Rasul di tempat tertinggi. Dan perjuangan itu takkan terhenti selagi aku bernafas.
Namun sebagai insan biasa, naluri dan fitrah ku tidak mampu menepis cinta yang
hadir dalam hati terhadap seorang lelaki.
Dahulunya aku juga pernah melalui
perasaan ini. Tapi sepantasnya ku namakan perasaan itu sebagai sampah. Sampah yang
telah ku buang jauh. Dan menjadi asbab utama penghijrahan ku. Ah, aku masih
belum matang waktu itu. Masih lagi hingusan. Tidak tahu apa-apa.
Dalam diri ini masih bertatih
memperbaiki diri, khilaf demi khilaf silih berganti. Seorang demi seorang
hadir. Datang dan pergi sebagai ujian diri. Tiada seorang yang mampu membuka
hati ini. Namun dalam tak sedar, harapan ku beri. Aku keliru. Aku sedar,
terlalu banyak hati yang telah aku sakiti. Aku tidak mahu ulangi lagi. Aku tidak
mahu memberi harapan tetapi sentiasa ada yang tersalah anggapan. Terasa diri
ini kejam. Dan itu silap ku sendiri.
Namun begitu secara tiba-tiba,
seseorang hadir. Dia hadir. Dia. Seorang yang cukup aku kenal. Namun tidak
sangka hadirnya kali ini dengan rasa berbeza. Dia mengetuk pintu hati. Menyatakan
rasa hati terhadap diri ini. Ya Allah. Aku kaku. Apa yang
seharusnya aku lakukan kali ini. Aku buntu.
No comments:
Post a Comment