Tuesday, March 25, 2014

Rindunyaaa~

Assalamualaikum..
Sudah terlalu lama rasanya meninggalkan blog ini sepi tanpa tinta. Sungguh, rindu sangat nak berblogging tapi terlalu banyak faktor yang menyebabkan fina x dapat nak update blog. Semua faktor tu memang x dapat nak di elakkan. Mohon maaf pada semua. Yang penting pada entry kali ni, fina bukan lah nak bercerita tentang kenapa dan mengapa fina x update blog ye. Tapi, fina ingin berkongsi tentang kehidupan baru fina sekarang.

My degree life

Setelah menanti dan terus menanti, akhirnya diri ini ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM Segamat, Johor. Johor tempatku, UiTM dihatiku J Syukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang yang berharga ini kepada fina. Fina sekarang merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam. Memang x dinafikan, program yang fina ikuti sekarang ni sangat jauh penyimpangannya dengan program di asasi dahulu. Tapi ini lah rezeki fina. Allah tempatkan fina di sini dan fina sangat bersyukur kerana terpilih untuk belajar di sini. Sudah hampir 4 minggu fina kat sini. Alhamdulillah, fina dah dapat menyesuaikan diri. Suasana di sini lebih damai dan tenang jika nak dibandingkan dengan UiTM Shah Alam. Sebab UiTM Segamat ni di kelas kan sebagai kampus alam flora. Jadi memang cukup oxygen kat sini. Hewhewhew.

Alhamdulillah. Di sini, fina di temukan dengan rakan2 yang baik dan cukup memahami. Yang dapat terima fina seadanya. Tapi, fina juga rindukan Jemahan. Ain, Ira dan Syu, sekarang menjadi senior. Akak part 2 katakan. Pipo, sedang berusaha tekun melakukan sehabis baik untuk program Diploma Bahasa Inggeris di UPSI dan sekarang sedang menduduki final exam untuk sem 1. Doakan dia ya, semoga Allah permudahkan. Yaya and Aila, masih menjadi rakan seperjuangan tapi kini dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak2. Best betul diorang dapat sama2. :D Raihan Chan, sekarang dah jadi student Communication kat KUIS. Nanti boleh tengok Raihan keluar tv. Hahaa. Ada and Mek, fina harap mereka tetap kuat, tetap sabar dan x putus asa. Fina yakin rahmat Allah akan datang pada orang2 yang sabar. Kita sama2 merasai kekecewaan satu masa dulu. Fina yakin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk mereka di masa depan. In shaa Allah, janji Allah itu pasti. 

Rindu zaman asasi. Rindu classmates, roommates, segala mates fina rindu. Rindu madi, nurfa, che’ pah, mira, mazrina, lea, julia, hani, nina, farah, elin semua lah fina rindu. Tapi apakan daya. Sekarang semua dah bawa haluan masing2. Fina hanya harapkan yang terbaik untuk mereka semua. Buat Jemahan, korang akan tetap dalam hati. Maaf kalau fina lama x contact, maaf kalau fina x mesej tanya khabar, maaf kalau fina lama menyepi tapi fina nak korang tahu, fina always rindu korang. Rindu masa2 kita bersama. Do ur very best in whatever course that u’ve choose. Ingat, peluang itu x selalu datang. Sekarang lah masa untuk kita struggle. Juga buat Ada and Mek, jangan menyerah. X lama lagi peluang akan tiba buat korang. Kami menanti di menara gading. Doa and tawakkal ‘alallah. Itu yang terbaik. Salam rindu dari fina di sini. Ukhuwah Fillah, till Jannah. In shaa Allah. #kenangdakudalamdoamu :’)    

Salam Kasih,, Fina <3

No comments:

Post a Comment