Wednesday, February 4, 2015

Jaga Hati

Hati manusia sifatnya berbolak-balik. Kalau hari ini hati kita baik, esok belum tentu sama. Dari hati terdetik perasaan nak buat kebaikan and dari hati juga tercetus rasa nak buat jahat. Kita as manusia ni sama je. Semua buat dosa. Dari dosa tu timbul keinsafan and dari situ Allah didik hati kita untuk sentiasa bertaubat and tak lupa diri.

Tapi silapnya manusia ialah bila kita sewenang2nya menghukum kesalahan orang lain. Kadang kala kerana satu kesalahan, seribu kebaikan yang orang tu buat kita boleh lupakan sekelip mata. Eh, come on! Macam lah kita x pernah buat dosa seyh. Mungkin waktu tu dia khilaf. Mungkin dia tak sedar silap dia. Or mungkin dia ada masalah which leads dia untuk buat perkara tak sepatutnya. Kita patut faham or at least cuba faham.

Apa yang lebih baik adalah mendoakan dia supaya dia berubah, supaya Allah bukakan jalan buat dia ke arah kebaikan. Jangan duk jaja keburukan orang sedang kita tak pasti di mana tempat pengakhiran kita sendiri. Jangan ungkit silap orang sebab kita sendiri tak pasti bagaimana kehidupan kita di masa depan. People change. Tak mustahil seorang budak sekolah agama yang di banggakan boleh jadi penyangak in future. Dan tak mustahil budak sekolah juvana yang orang pandang serong mampu jadi insan paling Allah cinta. Okay, itu hanya perumpamaan nak bagi jelas. ^^

Tak kira jahat mana pun kau, pasti ada kebaikan tersembunyi dalam hati. And tak kira baik mana pun kau pada pandangan manusia, dalam hati kau Allah je yang tahu. Husnudzon la. Bersangka baik. Saling memaafkan. Itu yang terbaik yang di ajarkan oleh baginda Nabi Muhammad SAW. Kalau betul kita baik, kita x cari salah orang. Kalau betul kita baik, kita tak cerita keburukan orang. Ye tak? And the most important thing is, bila seseorang sudah berubah, janganlah kita mengungkit kisah silam dia. Sebab kita tak pernah tahu betapa susahnya dia cuba melupakan dan meninggalkan kisah silam dia.

Semoga kita mampu jaga hati supaya tak mudah pandang serong pada orang yang berbuat dosa depan mata kita. Takut2 timbul pula perasaan riak atas kebaikan diri sendiri. Kalau jadi macam tu, habis la semua amalan kita. Tak ada makna dah. Allah. Hati kita sendiri pun kena tarbiyyah. Didik elok2. Semoga terhindar dari sifat yang mazmumah. In shaa Allah. Semoga Allah redha.  

Friday, January 23, 2015

Dia

Cinta. Cinta dalam hidup ku ialah cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa ku. Ini lah cinta-cinta tertinggi dalam diari ku. Hati ini masih berjuang untuk sentiasa meletakkan cinta Allah dan Rasul di tempat tertinggi. Dan perjuangan itu takkan terhenti selagi aku bernafas. Namun sebagai insan biasa, naluri dan fitrah ku tidak mampu menepis cinta yang hadir dalam hati terhadap seorang lelaki.

Dahulunya aku juga pernah melalui perasaan ini. Tapi sepantasnya ku namakan perasaan itu sebagai sampah. Sampah yang telah ku buang jauh. Dan menjadi asbab utama penghijrahan ku. Ah, aku masih belum matang waktu itu. Masih lagi hingusan. Tidak tahu apa-apa.

Dalam diri ini masih bertatih memperbaiki diri, khilaf demi khilaf silih berganti. Seorang demi seorang hadir. Datang dan pergi sebagai ujian diri. Tiada seorang yang mampu membuka hati ini. Namun dalam tak sedar, harapan ku beri. Aku keliru. Aku sedar, terlalu banyak hati yang telah aku sakiti. Aku tidak mahu ulangi lagi. Aku tidak mahu memberi harapan tetapi sentiasa ada yang tersalah anggapan. Terasa diri ini kejam. Dan itu silap ku sendiri.

Namun begitu secara tiba-tiba, seseorang hadir. Dia hadir. Dia. Seorang yang cukup aku kenal. Namun tidak sangka hadirnya kali ini dengan rasa berbeza. Dia mengetuk pintu hati. Menyatakan rasa hati terhadap diri ini. Ya Allah. Aku kaku. Apa yang seharusnya aku lakukan kali ini. Aku buntu.



Tuesday, March 25, 2014

Rindunyaaa~

Assalamualaikum..
Sudah terlalu lama rasanya meninggalkan blog ini sepi tanpa tinta. Sungguh, rindu sangat nak berblogging tapi terlalu banyak faktor yang menyebabkan fina x dapat nak update blog. Semua faktor tu memang x dapat nak di elakkan. Mohon maaf pada semua. Yang penting pada entry kali ni, fina bukan lah nak bercerita tentang kenapa dan mengapa fina x update blog ye. Tapi, fina ingin berkongsi tentang kehidupan baru fina sekarang.

My degree life

Setelah menanti dan terus menanti, akhirnya diri ini ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM Segamat, Johor. Johor tempatku, UiTM dihatiku J Syukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang yang berharga ini kepada fina. Fina sekarang merupakan pelajar program Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam. Memang x dinafikan, program yang fina ikuti sekarang ni sangat jauh penyimpangannya dengan program di asasi dahulu. Tapi ini lah rezeki fina. Allah tempatkan fina di sini dan fina sangat bersyukur kerana terpilih untuk belajar di sini. Sudah hampir 4 minggu fina kat sini. Alhamdulillah, fina dah dapat menyesuaikan diri. Suasana di sini lebih damai dan tenang jika nak dibandingkan dengan UiTM Shah Alam. Sebab UiTM Segamat ni di kelas kan sebagai kampus alam flora. Jadi memang cukup oxygen kat sini. Hewhewhew.

Alhamdulillah. Di sini, fina di temukan dengan rakan2 yang baik dan cukup memahami. Yang dapat terima fina seadanya. Tapi, fina juga rindukan Jemahan. Ain, Ira dan Syu, sekarang menjadi senior. Akak part 2 katakan. Pipo, sedang berusaha tekun melakukan sehabis baik untuk program Diploma Bahasa Inggeris di UPSI dan sekarang sedang menduduki final exam untuk sem 1. Doakan dia ya, semoga Allah permudahkan. Yaya and Aila, masih menjadi rakan seperjuangan tapi kini dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak2. Best betul diorang dapat sama2. :D Raihan Chan, sekarang dah jadi student Communication kat KUIS. Nanti boleh tengok Raihan keluar tv. Hahaa. Ada and Mek, fina harap mereka tetap kuat, tetap sabar dan x putus asa. Fina yakin rahmat Allah akan datang pada orang2 yang sabar. Kita sama2 merasai kekecewaan satu masa dulu. Fina yakin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk mereka di masa depan. In shaa Allah, janji Allah itu pasti. 

Rindu zaman asasi. Rindu classmates, roommates, segala mates fina rindu. Rindu madi, nurfa, che’ pah, mira, mazrina, lea, julia, hani, nina, farah, elin semua lah fina rindu. Tapi apakan daya. Sekarang semua dah bawa haluan masing2. Fina hanya harapkan yang terbaik untuk mereka semua. Buat Jemahan, korang akan tetap dalam hati. Maaf kalau fina lama x contact, maaf kalau fina x mesej tanya khabar, maaf kalau fina lama menyepi tapi fina nak korang tahu, fina always rindu korang. Rindu masa2 kita bersama. Do ur very best in whatever course that u’ve choose. Ingat, peluang itu x selalu datang. Sekarang lah masa untuk kita struggle. Juga buat Ada and Mek, jangan menyerah. X lama lagi peluang akan tiba buat korang. Kami menanti di menara gading. Doa and tawakkal ‘alallah. Itu yang terbaik. Salam rindu dari fina di sini. Ukhuwah Fillah, till Jannah. In shaa Allah. #kenangdakudalamdoamu :’)    

Salam Kasih,, Fina <3

Sunday, November 3, 2013

Khilaf Semalam

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap insan punya masa silam.. Sama ada pahit atau manis, masa silam tetap menyimpan kenangan.. Aku juga punya masa lalu.. Diriku hanya insan biasa.. Sering lalai dan leka.. Selalu ku bertanya sendiri, sepanjang hampir 19 tahun aku bernafas di muka bumi ini, apa yang telah aku lakukan? Apa manfaat yang telah ku curahkan di dunia ini? Kerosakan apakah yang telah aku perbuat? Dosa atau pahala kah yang aku kumpul? AllahuRabbi, ampuni hamba Mu ini.. Masa lalu telah ku lewati dengan sia-sia.. Khilafku tidak terhitung Ya Allah.. Aku malu.. Andai dapatku ulangi waktu untuk perbaiki segalanya.. Ingin aku ubah semua.. Namun itu mustahil.. Segalanya lengkap tercatat di BUKU itu..

Aku kesal.. Betapa ruginya diri ini.. Aku biarkan masa berlalu begitu saja.. Aku terlalu asyik didodoi permainan dunia.. Aku mempersiakan harga remaja ku.. Dosa-dosa itu, telah terlanjur ku lakukan.. Tapi kini aku mulai sedar.. Aku ingin mencari pintu cahaya.. Aku ingin kembali ke pangkuan Tuhanku.. Dalam hampir aku berputus asa.. Allah kirimkan ayat cinta Nya..

“Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabmu akan menutup kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.”
(Surah al-Tahrim 66:8)

SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, AllahuAkhbar.. Allah, yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Ketenangan menyapaku.. Ku kesat tangisku.. Azam ku tanam untuk menjadi hamba Nya yang taat.. Hijrah, itulah permulaan.. Mujahadah kini peneman.. Mungkin aku tak mampu mengulangi masa untuk memperbetul kesilapanku.. Tapi sungguh aku yakin dengan janji Tuhan ku..

“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah al-Furqan 25:70)



Doa ku panjatkan moga Dia membimbing hati ini, agar terus mengejar cinta Nya.. Sungguh aku bersyukur, aku tersedar sebelum menutup mata.. Perjuangan ini takkan pernah berakhir selagi aku bernyawa.. Aku berharap agar aku tetap disinari cahaya hidayah Nya.. Agar langkahku tidak terpesong di pertengahan jalan menuju jannah Nya.. Amin ya Rabbal ‘Alamin……~~~  

Salam Kasih,, Fina <3

Saturday, November 2, 2013

Definisi Cintamu~

Cinta
Itu lumrah
Perasaan itu
Nikmat terindah
Dari Sang Pencipta

Dia yang mencipta cinta
Mencipta rindu
Agar kau tahu
Agar kau rasa
Cinta dan rindu pada Nya

Tapi kini
Apa berlaku?
Cinta siapa yang kau rayu?
Cinta siapa yang kau tagih?
Adakah cinta manusia?

Apa kau pasti kau takkan kecewa?
Apa kau pasti kau mampu bahagia?
Sedang cinta dari manusia
Pinjaman Allah semata
Juga punya batasnya

Dalam kemanisan cinta dunia
Kau bagai di kayangan
Asyik sungguh buaian mimpi mu
Sehingga melupa kan cinta teragung
Cinta Allah yang hakiki

Namun tatkala dirimu jatuh
Kau menangis
Menangis kesakitan
Hatimu sakit
Luka dihiris

Kau tersungkur kecewa
Kau hiasi harimu dengan kedukaan
Bagai tiada hari esok
Sepi penemanmu
Air mata pendampingmu

Wahai diri
Mengapa begini?
Di mana kau letak definisi cintamu?
Adakah pada janji manis manusia itu?
Yang nyata hanya lakonan semata

Sedarlah diri
Apa ada pada manusia?
Apa yang mampu diberi padamu?
Tangis?
Duka?
Kecewa?
Sampah semata!!!

Buka matamu
Jangan bersedih
Tadah tanganmu
Ucapkan syukur
Pada Sang Pencipta

Sesungguhnya
Allah telah menyelamatkanmu
Dari cinta yang tak pasti
Hapus tangis mu
Hargai dirimu

Jangan kau gusar
Jangan khuatir
Allah maha mengetahui
Segala yang terbaik
Buat dirimu

Tiba saatnya
Akan datang padamu
Seorang insan teristimewa
Sebagai peneman hidup
Yang halal bagimu

Ya, itulah dia
Dia kiriman Allah
Juga amanah dari Nya
Namun harus kau ingat
Cintailah dia kerana Allah

Cinta Allah
Cinta teratas
In Shaa Allah
Bahagia milikmu
Dunia akhirat

Allahu Rabbi...
  
10.03 PM,
2/11/2013,
HASFINA MOHAINE <3

Salam Kasih,, Fina <3




Sunday, September 22, 2013

WHAT TO DO??

Assalamualaikum.. Wink wink ^-^ aaaaaaaa rindu nya nk update blog!!!!! Lama sangat kot x update.. Al maklum fina kn BUSY lahh sangatttttt.. Weehuuuu.. Fina hrp semua nya sihat2 belaka.. Huhuu.. Fina sihat jaa tapi,,,, semakin hari semakin berisi.. Muka fina dh mcm semangka tahu! Bulat kemain.. Heh heh heh..  *o* Mana x nya, duk rumah.. Mkn tido mkn tido.. Tu yg muka pun dh serupa hippopotamus.. Eh, betul eh eja dia camtu? Biaq pi laa.. Hahaha..

Ha, ni nk cerita, baru2 ni keputusan rayuan upu dh keluar.. Alhamdulillah.. Fina belum ada rezeki lagi nk sambung mana2.. Tp x pe.. Allah knows best.. Apa pun fina happy sgt cz few of my friends dapat sambung degree.. Serious x tipu! Fina happy sgt bila dpt tahu dyorang dpt tawaran degree.. Tp dyorang pulak yg sedih sebab nya fina x dpt.. Buat MIRZA MADIHAH, MOHAMAD AIMAN ADAM, SYAFIQ AZHAR,,, I wish u guys all the best k!!! Study elok2 tau!! Good luck korang! Fina doa kn korang success selalu ya.. Fina akn rinduu korang! Psl fina korang jgn risau.. Fina ok jaa.. In shaa Allah kalau ada rezeki fina menyusul di kemudian hari.. Heheeeeee.. Madi n Syafiq dpt sambung kt UKM.. Aiman pulak kt UITM Puncak Perdana.. Alhamdulillah..


So skrg ni,, fina konfius sbnr nya.. Don't know what to do.. Private U?? No! I don't think so.. So I'm just waiting for the second intake.. In shaa Allah,, kalau ada rezeki dpt la kn sambung IPTA lg.. Permasalahan nya kalau tggu second intake, fina kena tggu smpi Feb or Mac 2014.. Lama kott!! Lbih kurang 5 bulan lagi.. Nak buat apa? X kn nk tanam anggur je kt rumah.. Kan?? My sis cadang kn suruh mohon kerja sambilan as pembantu tadbir kt MDKT.. My mom pulak suruh apply guru sandaran.. Kalau nk apply guru sandaran,, ni dh dekat nk cuti akhir tahun da.. Budak2 pun dh nk start final exam.. X ke krikk krikk if masuk time2 cmni?? Hahaaaa..


Tibe2 pulak fina rasa nk join baking class.. Sbb skrg akak ipar fina tgh mula part time buat kek for weddings n events.. So,, boleh la jugak tlg2 dia kn.. Mana lah tahu ada peluang bukak bakery sendiri.. Aaaaaaaa.... Kan best kalau ada bakery sendiri.. Korang tahu,, fina teringin sgt nk bukak bakery.. It's one of my dreams.. I really think that I should give it a try.. So,, I need to start it right away.. Now!! This precious time is a chance for me to start something new..Yup!! Wish me luck yaa..!!!!!!! ^,^


BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY BAKERY



Salam Kasih,, Fina <3


Saturday, August 17, 2013

Just BE POSITIVE !!!

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

(Ali 'Imran:139)


Assalamualaikum teman yg fina sayangi. Salam kasih buat semua. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah swt. Fina rasa mcm dh lama x update. Hahaaa. Lama lah SANGATTT kan? Ha? Khabar fina? Fina sihat je. Hope semua pun sihat hendak nya ya :D

Korang nk tahu, awal bulan September ni, ramai dh kwn2 fina yg akn further degree. Wah. Best nya. Alhamdulillah. Fina doa kn yg terbaik buat dyorng. To Ain Zurie (AINE-MAIZURIE BINTI ZAINAL ABIDIN),, good luck sayang! Make sure u’ll take good care of urself there! Most important,, don’t try to forget me! Haha. Dh mcm amaran keras pulok. Syukur, Ain dpt sambung degree TESL kt UKM. Fina tumpang gembira untuk dy. :D  

Fina x dpt mana2 masa keputusan UPU keluar hri tu. So, tggu jela keputusan rayuan nnt. Sedih? Eh, x la. Wt ape nk sedih2. Rezeki fina mst ada. Cuma belum masa nya lagi. So, apa yg nk di buat? DOA n SABAR. Tawakkal ‘alallah. Perjalanan hidup kita ni, Allah dh atur kn sebaik2 nya. Selagi kita sentiasa percaya n beriman pada Allah, x de apa yg perlu kita khuatir kn. Ye, mmg x di nafi kn mmg ada jugk rasa sedih dlm hati fina bila tgk kwn2 lain duk sibuk wt persiapan masuk degree tapi fina pulak duk tanam anggur je kt uma. Tp nk wt mcm mana kn. Fina punya rezeki mungkin lambat sikit n mesti ada hikmah nya kenapa fina x dpt lg. So fina just BE POSITIVE!

Kepada teman2 seangkatan fina yg still belum dpt twrn degree jugak,, La Tahzan. Jangan terlalu kecewa n jangan putus asa kay! Sungguh, segala yg di rencana kan Allah punya sebab musabab yg hanya Dia mengetahuinya. Maybe sbb Allah nk beri kita lebih ruang n masa untuk kita spend dgn family. Betul x? Lw kita fikir logik, bila dh masuk degree, more or less 3 to 4 years kn? Brpe bnyk la sgt masa yg kita boleh spend dgn family especially mak ayah? Mst kita akn sibuk study n assignment. Jauh pulak tu dr mereka. Then lps degree, kerja. Pastu kahwin. Bila kahwin, keutamaan kita dh tertumpu pd rumahtangga kita sndiri. Ye tak? Bila masa yg kita nk luang ngn mak ayah n adik bradik? Ada tu ada TAPI x mungkin sama mcm skrg. Bagi fina sndiri, skrg ni lah saat2 terakhir fina dpt benar2 bermanja ngn mak ayah ngn family. Mana lah thu masa dh hbis degree nnt x berkesempatan lg nk jumpe, nk berbakti n spend time dgn mak ayah. Yela, ajal dan maut di tgn Allah. Kita x tahu kan.

Bermulanya degree nnt, bermulalah kehidupan baru untuk kita. Satu lagi fasa baru yg harus kita tempuh dlm hidup. Yg bakal mematang kan lagi diri kita sebelum kita melangkah ke alam dewasa. Selama tinggal dunia permainan. Awhhh. Seriously mcm nk menangis daaaa. X sangka pulak fina dh besar :’(

So, apa yg penting, jgn merungut! Manfaat kn masa n peluang keemasan ini untuk keluarga tercinta. Kita ni sbnrnya bertuah sbb kita diberi peluang ni. Kwn2 yg lain dh x dpt da peluang ni. Mereka dh mendahului kita di medan perjuangan sana. Jadi, syukuri apa yg ada, hidup adalah anugerah. Chewah, dh mcm lagu. ^-^ Wewewe. Mungkin ada yg mengata or merendah kan kita sbb kita BELUM dpt sambung degree. Biaq pi la kt depa. INGAT, mulut org kita x boleh ttup. Tp ape pun just BE POSITIVE! Dari kita sakit hati fikir kan kata org, why not kita hargai mereka2 yg mengata nih? Yela, mereka mengata makna nya mereka AMBIL TAHU tntg kita. If dyorng kata x elok pun tu urusan dyorng lah. Pahala nya dpt kt kita jugak kn? “Org hebat x akn melenting apabila di caci bahkan dia akan terus tersenyum bersabar dan mendoa kn yg baik2 sahaja.” Haa. Positive kan? Yg kita nk runsing kn kple ngn bnde negative wtpe kn? Setiap yg berlaku ada hikmah nya. Sebagai hamba Allah, kita perlu menggali hikmah di sebalik apa yg berlaku. Tidak sepatut nya kita berputus harap. INGAT!! Perasaan kecewa n putus harap dgn takdir Allah itu hanya permainan syaitan semata2. So, tepis n buang lah perasaan tu sejauh mungkin.

 Semua org pernah menghadapi kegagalan. Begitu juga dgn diri fina. Fina banyak belajar dr kegagalan. Detik waktu terus berjalan, Alhamdulillah fina semakin matang. Kerana dlm setiap kegagalan, fina cuba sedaya upaya untuk sentiasa redha walaupun ianya sukar n pahit. Akhir nya fina sedar, bahawa tidak sepatut nya fina kecewa dan menyesali takdir hidup fina. Kerana sememang nya itu lah yg sudah di tentu kn oleh Allah. Orang yang paling BAHAGIA dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu MEMILIKI sesuatu yang terbaik dalam hidupnya, tapi hanya selalu BERUSAHA untuk BERSYUKUR dan menjadikan setiap APAPUN yang hadir dalam hidupnya menjadi yang TERBAIK.

Fina berharap agar perkongsian kali ini dpt memberi sedikit manfaat dan tidak mendatang kan sebarang rasa tidak senang di hati para pembaca. Coretan ini ikhlas dr hati. Yg baik hanya dari Allah dan segala salah n khilaf adalah dari fina sendiri. Andai ada silap nya, fina mohon khabar kan lah agar fina dpt memperbaiki nya. Sekian saja perkongsian pada kali ini. Semoga bertemu lagi teman semua. Wallahu A’lam.. :)

Salam Kasih,, Fina <3