Friday, January 23, 2015

Dia

Cinta. Cinta dalam hidup ku ialah cinta Allah, cinta Rasul, cinta ibu bapa ku. Ini lah cinta-cinta tertinggi dalam diari ku. Hati ini masih berjuang untuk sentiasa meletakkan cinta Allah dan Rasul di tempat tertinggi. Dan perjuangan itu takkan terhenti selagi aku bernafas. Namun sebagai insan biasa, naluri dan fitrah ku tidak mampu menepis cinta yang hadir dalam hati terhadap seorang lelaki.

Dahulunya aku juga pernah melalui perasaan ini. Tapi sepantasnya ku namakan perasaan itu sebagai sampah. Sampah yang telah ku buang jauh. Dan menjadi asbab utama penghijrahan ku. Ah, aku masih belum matang waktu itu. Masih lagi hingusan. Tidak tahu apa-apa.

Dalam diri ini masih bertatih memperbaiki diri, khilaf demi khilaf silih berganti. Seorang demi seorang hadir. Datang dan pergi sebagai ujian diri. Tiada seorang yang mampu membuka hati ini. Namun dalam tak sedar, harapan ku beri. Aku keliru. Aku sedar, terlalu banyak hati yang telah aku sakiti. Aku tidak mahu ulangi lagi. Aku tidak mahu memberi harapan tetapi sentiasa ada yang tersalah anggapan. Terasa diri ini kejam. Dan itu silap ku sendiri.

Namun begitu secara tiba-tiba, seseorang hadir. Dia hadir. Dia. Seorang yang cukup aku kenal. Namun tidak sangka hadirnya kali ini dengan rasa berbeza. Dia mengetuk pintu hati. Menyatakan rasa hati terhadap diri ini. Ya Allah. Aku kaku. Apa yang seharusnya aku lakukan kali ini. Aku buntu.