Hati manusia sifatnya
berbolak-balik. Kalau hari ini hati kita baik, esok belum tentu sama. Dari hati
terdetik perasaan nak buat kebaikan and dari hati juga tercetus rasa nak buat
jahat. Kita as manusia ni sama je. Semua buat dosa. Dari dosa tu timbul
keinsafan and dari situ Allah didik hati kita untuk sentiasa bertaubat and tak
lupa diri.
Tapi silapnya manusia ialah bila kita sewenang2nya menghukum kesalahan orang lain. Kadang kala kerana satu kesalahan, seribu kebaikan yang orang tu buat kita boleh lupakan sekelip mata. Eh, come on! Macam lah kita x pernah buat dosa seyh. Mungkin waktu tu dia khilaf. Mungkin dia tak sedar silap dia. Or mungkin dia ada masalah which leads dia untuk buat perkara tak sepatutnya. Kita patut faham or at least cuba faham.
Apa yang lebih baik adalah
mendoakan dia supaya dia berubah, supaya Allah bukakan jalan buat dia ke arah
kebaikan. Jangan duk jaja keburukan orang sedang kita tak pasti di mana tempat
pengakhiran kita sendiri. Jangan ungkit silap orang sebab kita sendiri tak
pasti bagaimana kehidupan kita di masa depan. People change. Tak mustahil
seorang budak sekolah agama yang di banggakan boleh jadi penyangak in future.
Dan tak mustahil budak sekolah juvana yang orang pandang serong mampu jadi insan
paling Allah cinta. Okay, itu hanya perumpamaan nak bagi jelas. ^^
Tak kira jahat mana pun kau,
pasti ada kebaikan tersembunyi dalam hati. And tak kira baik mana pun kau pada
pandangan manusia, dalam hati kau Allah je yang tahu. Husnudzon la. Bersangka baik.
Saling memaafkan. Itu yang terbaik yang di ajarkan oleh baginda Nabi Muhammad
SAW. Kalau betul kita baik, kita x cari salah orang. Kalau betul kita baik,
kita tak cerita keburukan orang. Ye tak? And the most important thing is, bila
seseorang sudah berubah, janganlah kita mengungkit kisah silam dia. Sebab kita
tak pernah tahu betapa susahnya dia cuba melupakan dan meninggalkan kisah silam
dia.
Semoga kita mampu jaga hati
supaya tak mudah pandang serong pada orang yang berbuat dosa depan mata kita. Takut2
timbul pula perasaan riak atas kebaikan diri sendiri. Kalau jadi macam tu,
habis la semua amalan kita. Tak ada makna dah. Allah. Hati kita sendiri pun
kena tarbiyyah. Didik elok2. Semoga terhindar dari sifat yang mazmumah. In shaa
Allah. Semoga Allah redha.